Monday 13 February 2012

sayunk

Assalamualaikum dan salam petang isnin...16.08 13/02/2012

tibe tibe harini mood sedey dan sangat sedey..so kenangan dengan korang masih bermain main di mata..terutama mase reunion kite di PD..sbb tu je yg aku join..harap ape ape yang jadi antara kita , tidak pernah putus istilah persahabatan..dengan jujur..saya sangat sayangkan kawan kawan sy ..demi Allah kalu saya dapat undurkan masa...sy ingin sentiasa bersama kawan kawan sy..
halalkan makan minum sy..ketidak sopanan sy..dan segala yang ade saye terlukai..

saya sayang korang..

cik saallaluna---:0

Thursday 26 January 2012

Kelansungan hidup Proton

Setelah 28tahun Proton Saga di rasmikan oleh Tun Mahathir dengan penuh kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia, kini DRB Hicom pula yang mengambil alih dari tangan Khazanah..

Proton dikatakan telah 'bungkus' beberapa kali kini di tangan DRB Hicom. Apakah nasib Proton kebanggaan rakyat Malaysia di tangan DRB Hicom kali ini?? Adakah akan 'bungkus' lagi? Perlukah Kerajaan menyuntik modal lagi? Masih boleh di selamatkan kah Proton??

Hasrat untuk melihat Proton untuk berdiri setanding dengan jenama kereta luar negara masih lagi samar. Kenyataan ini amat pahit sekali setelah 28 tahun di beri keistimewaan yang luar biasa oleh kerajaan sehingga Proton di anggap sebagai anak manja yang telah rosak.

Tambah mengecewakan, untuk memastikan 'survival' Proton rakyat telah dibebankan dengan lebih dari 150%  cukai untuk kereta import, AP, suntikan modal dari wang rakyat, etc. Tidak cukup dengan itu, setelah 28 tahun rakyat berkorban untuk Proton masih lagi di balas dengan cuka bila harga kereta Proton di Malaysia lebih mahal dari yang di import ke luar negara. (ada yang mengatakan 'specification' yg di import lebih baik)

Akhirnya rakyat yang terpaksa menelan pahit dalam-dalam dengan membeli kereta yang di import dengan harga yang mahal. Pada yang kurang berkemampuan terpaksa menutup sebelah mata dan berpuas hati dengan kualiti kereta Proton yang di miliki. Mungkin ramai tidak bersetuju bila dikatakan kereta Proton tidak berkualiti. Namun begitu hakikat yang Proton tidak mampu untuk mengeluarkan kereta model sendiri yang lebih murah kos pembuatan nya, atau kereta yang mampu bersaing dengan kereta keluaran negara lain masih relevan untuk di utarakan.

Proton Inspira contohnya, di ambil dari siri kereta pengeluaran Jepun. Pengeluaran Inspira kelihatan memberi sedikit impak pada pengguna Malaysia. Tetapi, dalam aspek penciptaan kereta, teknologi itu sendiri Proton masih jauh di belakang. Lebih malang pasaran Proton juga telah berkurang dari 47.6% kepada 26.4% (seperti yang di baca dari The Star).

Turut di laporkan oleh The Star, Harga bagi Toyota Vios di Singapura lebih murah dari kereta Proton! jadi, bagaimana Proton mahu bersaing dengan teknologi yang ketinggalan & kos penghasilan yang lebih tinggi?
ada kemungkinan Proton akan 'bungkus' lagi dan kali ini siapa pula yang akan dipaksa mengambil alih liabiliti ini? Yang ternyata liabiliti Proton akan tetap di rasa tempias nya oleh rakyat.

Ekoran kerisauan ini saya berpendapat sudah tiba masa nya kerajaan berhenti memanjakan Proton. Menutup kerugian yang di alami Proton dengan suntikan-suntikan modal dari wang rakyat adalah sangat tidak adil kepada rakyat. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menghapuskan hak keistimewaan yang di berikan kepada Proton sekaligus mengembalikan hak rakyat. Ternyata, setelah 25 tahun dalam pasaran Proton masih lagi belum dapat memenuhi impian Tun Mahathir untuk bersaing dengan kereta luar negara. 

Cukai kereta import yang tidak munasabah yang telah di tetapkan kerajaan sudah tiba masa nya di kurangkan atau lebih baik di mansuhkan. Setelah 20 tahun, saya melihat sudah tidak relevan lagi untuk rakyat memikul sama beban ini. Proton di bawah DRB Hicom juga sewajarnya bersikap dewasa dalam hal ini. Keistimewaan yang di berikan oleh kerajaan selama ini jelas tidak di gunakan dengan baik oleh Proton. Proton perlu keluar dari zon selesa dan berdiri bersaing seperti orang dewasa. Mungkin dengan cara ini Proton akan menjadi lebih kompetitif dalam industri automotif. Insy'allah.

p/s : Teringin nak pakai Estima. hehehehe..



















Thursday 24 November 2011

Bijak....bijak...

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.


Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."

Wednesday 16 November 2011

Sah! kes liwat Anuar ibrahim perangkap umno!!







lawak je ok!


 jgn la marah..org gurau jew!



p/s - penulis bukan org politik atau fanatik mane2 parti...gurauan ini rekaan semate-mate!

assalamualaikum geng jahat association

terima kasih kerana menginvite saya menjadi salah seorang moderator untuk page kalian,saya sangat bersyukur kehadirat Illahi dengan limpah kurniaNya saya masih dapat berkongsi dengan rakan-rakan dan sahabat-sahabat ku sekalian,tidak ada apa yang menarik yang boleh dikongsikan,tetapi sekiranya ada benda yang menarik yang boleh saya kongsi,saya akan post di blog ini,sekian terima kasih.love u all.